Saturday 18 June 2011

Langkah atasi krisis usia 25 tahun



Ada beberapa faktor yang menyebabkan kita berhadapan dengan krisis di usia 25 tahun ini. Antaranya ialah:

1 Sasaran yang tersasar!

Lazimnya situasi ini terjadi kepada individu yang ‘perfectionist’ dan bercita-cita tinggi. Antaranya memiliki ijazah sarjana sebelum usia menjangkau 25 tahun atau memiliki kerjaya mantap sebelum menjelangnya usia tersebut. Sebenarnya hal tersebut bukannya tidak mungkin mampu direalisasikan. Sebaliknya peratusan individu yang berjaya menggenggamnya adalah agak kecil. Secara logiknya, individu akan berjaya menamatkan pengajian di universiti sekitar usia 22 tahun (jika segala-galanya berjalan dengan lancar). Jika berjaya, kamu mungkin akan terus mendapat pekerjaan. Dalam usia 25 tahun itu, kamu baru menimba pengalaman tiga tahun bekerja. Pada masa itu kamu masih dikategorikan sebagai ‘baharu’. Daripada kamu terus stres memikirkan sasaran terhebat kamu itu, lebih baik kamu berfikir secara realistik. Memang bagus jika seseorang itu memiliki matlamat atau sasaran. Tetapi ia haruslah diukur mengikut kemampuan diri. 

2 Tidak pernah puas!

Mungkin sewaktu usia menjangkau 25 tahun kamu telah mempunyai kerjaya yang memuaskan dengan gaji yang agak lumayan. Walau bagaimanapun, pada suatu hari kamu dikhabarkan mengenai seorang junior kamu yang memperoleh gaji dua kali ganda lebih besar berbanding kamu. Sedangkan sewaktu di koleh dahulu kamu tahu bahawa junior kamu itu tidaklah sebijak mana pun!

Akuilah bahawa kamu sering membandingkan nasib kamu dengan orang lain bukan? Pada zaman ini, individu yang memiliki gaji besar sering dianggap sebagai individu yang berjaya. Jadi, bila kita melihat ada rakan yang lebih bagus berbanding kita serta-merta
motivasi diri kita menjadi semakin berkurangan atau rasa tidak puas hati boleh timbul. Cara paling berkesan untuk menghapuskan emosi tersebut adalah dengan ‘berhenti daripada terus mendongak ke langit’. Sampai bila-bila pun kamu akan terus merasa tidak puas dengan diri sendiri jika kamu gemar membandingkan diri kamu dengan individu yang lebih berjaya berbanding kamu. Itulah sifat semula jadi seorang manusia. Sesekali cuba kamu bandingkan dirimu dengan nasib individu yang jauh tidak beruntung berbanding kamu. Dengan cara itu, mudah-mudahan kita tergolong di  kalangan insan yang sentiasa bersyukur.
 3. Tuntutan sosial

“Bila giliran kamu pula?” Soalan tersebut kerap kita dengar sewaktu hadir ke majlis perkahwinan rakan-rakan terdekat. Saudara mara, rakan-rakan malah ada kalanya ibu dan ayah juga sering mengajukan soalan tersebut kepada kita yang masih hidup membujang ini. Itulah senario biasa yang bakal dilalui oleh semua gadis yang berusia dewasa. Ada kalanya kamu sendiri belum bersedia untuk menamatkan zaman bujang kerana ingin mengejar karier di samping belum bertemu dengan insan yang  benar-benar sesuai buat dirimu.

Namun inilah budaya dalam masyarakat kita. Sekiranya mental tidak kuat, persoalan sedemikian memang boleh menimbulkan tekanan. Jangan bimbang sebenarnya ada cara yang sangat berkesan untuk kamu menangani isu ini. Katakan sahaja bahawa kamu masih belum bertemu dengan ‘seseorang’ yang sesuai dan kamu meminta 
individu yang bertanya itu tolong mencarikan ‘seseorang’ buat kamu. Jadi, secara tidak langsung kamu mempunyai alasan untuk menjawab pertanyaan individu terbabit. Jika dia terus bertanya lagi, jawab sahaja; “Kamu telah mendapatkan orang yang sesuai untuk saya ke?” Walau apa pun penyebab kamu berhadapan dengan krisis, sebenarnya ia boleh diatasi dengan satu kaedah yang berkesan iaitu dengan bersikap ‘tenang’. Walau apa jua ‘cakap-cakap orang’, kamu harus hadapinya dengan TENANG! Tidak perlu memaksa hati dan perasaan kamu melakukan sesuatu perkara yang tidak kamu sukai semata-mata untuk memenuhi tuntutan sosial. Bukankah

No comments: