Monday 27 June 2011

Jepun Cipta Daging Dari Najis Orang

TOKYO – Penyelidik dari Jepun nampaknya agak ‘berlebihan’ dalam menerapkan prinsip kitar semula. Kenapa tidak, mereka telah memutuskan untuk mencipta daging steak yang dibuat dari najis manusia.
Mitsuyuki Ikeda, penyelidik dari Okayama Laboratory, mendapatkan idea aneh ini selepas menerima permohonan badan pengendali Tokyo Sewagekepadanya untuk mencari kaedah yang dapat memanfaatkan sisa kumbahan di bandar itu.
Ketika menemui bahawa kotoran manusia terbukti mengandungi protein, Ikeda bersama pasukan penyelidiknya mengekstraks protein tersebut untuk mencipta daging buatan. Ikeda menggunakan zat pewarna makanan untuk mencipta warna kemerahan pada daging serta menambahkan kicap sebagai penyedap rasa.
Memiliki kandungan 63 peratus protein, 25 peratus karbohidrat, 3 peratus lemak serta 9 peratus mineral, Ikeda mendakwa beberapa orang yang telah merasa daging ini ternyata cukup menyukai rasanya. Menurut mereka, steak najis ini cukup lazat dan memiliki rasa seperti daging biasa.



keda berharap daging ini dapat menjadi salah satu penyelesaian dalam mengatasi pemanasan global. Ini kerana, haiwan ternakan menghasilkan pengeluaran gas rumah hijau yang cukup besar.
Walaupun begitu, penerimaan masyarakat terhadap daging ini masih sangat diragui. Bukan sahaja merasa jijik apabila mengingati punca asal daging tersebut, namun harga jualannya juga 10 hingga 20 kali lebih mahal berbanding steak biasa.

No comments: