Monday 27 June 2011

Jepun Cipta Daging Dari Najis Orang

TOKYO – Penyelidik dari Jepun nampaknya agak ‘berlebihan’ dalam menerapkan prinsip kitar semula. Kenapa tidak, mereka telah memutuskan untuk mencipta daging steak yang dibuat dari najis manusia.
Mitsuyuki Ikeda, penyelidik dari Okayama Laboratory, mendapatkan idea aneh ini selepas menerima permohonan badan pengendali Tokyo Sewagekepadanya untuk mencari kaedah yang dapat memanfaatkan sisa kumbahan di bandar itu.
Ketika menemui bahawa kotoran manusia terbukti mengandungi protein, Ikeda bersama pasukan penyelidiknya mengekstraks protein tersebut untuk mencipta daging buatan. Ikeda menggunakan zat pewarna makanan untuk mencipta warna kemerahan pada daging serta menambahkan kicap sebagai penyedap rasa.
Memiliki kandungan 63 peratus protein, 25 peratus karbohidrat, 3 peratus lemak serta 9 peratus mineral, Ikeda mendakwa beberapa orang yang telah merasa daging ini ternyata cukup menyukai rasanya. Menurut mereka, steak najis ini cukup lazat dan memiliki rasa seperti daging biasa.



keda berharap daging ini dapat menjadi salah satu penyelesaian dalam mengatasi pemanasan global. Ini kerana, haiwan ternakan menghasilkan pengeluaran gas rumah hijau yang cukup besar.
Walaupun begitu, penerimaan masyarakat terhadap daging ini masih sangat diragui. Bukan sahaja merasa jijik apabila mengingati punca asal daging tersebut, namun harga jualannya juga 10 hingga 20 kali lebih mahal berbanding steak biasa.

Pemburu Tertangkap Gambar Hantu Hutan

Foto diatas diambil di Berwick berhampiran Morgan City, Louisiana, AS pada 30 November 2010 lalu pukul 1.44 pagi. Si pemilik gambar (seorang pemburu) mengatakan bahawa gambar ini adalah asli. Tapi beberapa komen di dailymail menganggap objek itu hanya permainan video sahaja. Kerana ada posisi mirip dengan filem Spiderman.



Si pemburu rusa warga Amerika yang pengirim gambar itu menamakannya sebagai "Hantu hutan" seperti apa yang dilihat beliau dalam gambar tersebut.


Menurut beliau, ketika itu sedang berbaring di semak-semak sembunyi mengintip kehadiran rusa, namun bukan rusa yang muncul melainkan si hantu hutan itu muncul dengan tiba-tiba di hadapannya.


Tidak lama lagi iaitu pada bulan Julai 2012 Spiderman IV ditayangkan. Adakah ini antara langkah mereka mempromosikan filem tersebut?

Rozita Che Wan Malu 'Berguling' Dengan Shahir

  Rozita dan Shahir

PETALING JAYA: Pelakon jelita Rozita Che Wan mengakui berasa segan apabila terpaksa melakonkan babak romantik bersama Shahir (AF8) dalam telefilem Cer Citer Cinta.

Kata Rozita, dek kerana malu bergandingan bersama, kedua-dua mereka terpaksa mengulangi semula babak-babak romantik beberapa kali sepanjang penggambaran berlangsung pada awal Mei lalu di Perlis.

"Kami serasi digandingkan dalam telefilem ini. Cuma apabila tibanya babak-babak romantik, kami asyik nak tergelak saja.

"Bayangkan, salah satu babak ialah adegan berguling-guling dan kami terpaksa lakonkan banyak kali kerana tergelak sakan semasa penggambaran. Ye lah, rasa malu sangat berlakon begitu," selorohnya ketika dihubungimStar Online, Rabu.

Tambah Rozita, walaupun Shahir nampak seperti seorang pemalu dan tidak banyak bercakap, dia sebenarnya mempunyai bakat lawak semula jadi dalam dirinya.

Salah satu adegan Rozita dan Shahir terpaksa berguling beberapa kali.
"Shahir merupakan seorang lelaki yang kelakar sebenarnya. Sepanjang penggambaran berlangsung saya asyik ketawa tak henti-henti kerana lawaknya.

"Tambah pula telefilem ini genre komedi romantik, riuh jadinya set penggambaran kami. Cuma ada sebuah adegan yang memerlukan Shahir mengaji, membuatkan saya ternganga sekejap kerana kagum dengan suaranya," tutur Rozita

Telefilem Cer Citer Cinta terbitan Zeel Production itu turut dilakonkan oleh Tomok serta beberapa bekas pelajar AF9 dan akan ditayangkan pada Khamis (hari ini), pukul 9 malam, di Astro Ria.

Bagaimanapun, dia tidak menganggap kontroversi cinta yang berlaku terhadap dirinya serta Shahir baru-baru ini boleh menaikkan rating penonton telefilem berkenaan.

"Entahlah, kalau hal rating ni, susah kita nak mengagak. Cuma saya harap, para penonton akan terhibur menyaksikan telefilem ini," ujarnya.

Telefilem ini mengisahkan bagaimana seorang jurulatih sebuah kem bina semangat iaitu Cik Zaleha (lakonan Rozita Che Wan) yang terpaut hati dengan Ustaz Sarjan (Shahir).

Dalam masa yang sama juga ia turut memaparkan hubungan seorang budak kampung bernama Tomok (lakonan Tomok) dengan seorang gadis bandar.
C

Gambar Lesen Memandu Penyampai Hot FM

AG Hot FM

Faizal Ismail (FBI) time ada rambut LOL!

Fara Fauzana (Fafau). 

Seniwati Azean Irdawaty Mohon Diberikan Kerja !

Susah Media nak ungkapkan betapa kasihannya mengenangkan nasib seniwati atau ratu air mata, Azean Irdawaty yang terpaksa meminta belas kasihan beberapa rakan terdekat bagi membantu keadaannya yang sangat memerlukan.

Lebih memilukan lagi apabila dia sanggup menawarkan diri untuk bekerja, walaupun keadaan kesihatannya ketika ini tidak mengizinkan. Semuanya itu dilakukan bagi menyara kos perubatan dirinya dan perbelanjaan turun naik mahkamah anak terunanya, Benjy.

Dalam kiriman SMS yang diberikan Azean Irdawaty kepada seorang teman, media difahamkan dia meminta jasa baik individu berkenaan sekiranya sudi mengambilnya berlakon sebagai satu cara untuk dia meringankan beban hidupnya pada masa ini.

Dalam kiriman SMSnya itu, dia sememangnya sangat memerlukan bantuan wang ringgit dalam masa terdekat.

Memanglah bunyi SMS itu sangat terdesak, tapi sekiranya media berada di dalam keadaan Azean Irdawaty sekalipun, pasti dia akan mencari jalan untuk menyelesaikan kesempitan yang dialami.

Apa yang membanggakan media, pendekatan yang digunakan pelakon veteran berkenaan tidak ada salahnya.

Kerana dia sama sekali tidak meminta dengan tangan kosong, sebaliknya menawarkan kudrat dan kemampuan yang ada untuk bekerja dan mendapatkan gaji yang diberkati.

Terasa syahdu pula Media dibuatnya.

Manakan tidak, dalam keadaan kesihatan Azean Irdawaty yang tidak mengizinkan, dia sepatutnya berehat di rumah, tapi demi untuk membantu anak tersayang, dia sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit.

Media difahamkan, kos rawatan perubatan Azean Irdawaty bukannya murah. Ditambah pula dengan bebanan kes perbicaraan Benjy yang masih belum selesai. Ia juga perlu dihadapi Azean Irdawaty sekeluarga.

Dalam hal ini, Azean Irdawaty bukannya meminta-minta, tetapi dia bertanyakan jasa baik teman terdekat untuk membantunya mendapatkan pekerjaan bagi membolehkan dia mendapatkan wang tambahan.

Jadi Media berharap sangat, sekiranya ada mana-mana pengarah atau produser drama di luar sana yang terbaca luahan rasa Media ini, janganlah kedekut untuk menawarkan apa juga watak untuk seniwati kita seorang ini.

Mungkin inilah masanya untuk kita membantu seseorang yang sangat memerlukan. Mungkin sekarang masa Azean Irdawaty dalam kesusahan, mana tahu suatu masa nanti masa kita pula memerlukan.

Begitu juga, jika ada yang sudi menghulurkan bantuan peribadi kepada Azean Idawaty sekeluarga. Nasihat Media Inilah masanya untuk kita berbuat demikian demi meringankan beban yang ditanggungnya.

Kepada yang bermurah hati, bolehlah menghubungi Azean Irdawaty di talian 012-3036298.

Video Pembantu Rumah Indonesia Dipancung di Arab Saudi


Video di bawah ini memaparkan berita dan visual saat Ruyati Satubi, amah Indonesia dihukum mati di Arab Saudi pada Sabtu (18/6). Dia dihukum pancung kerana membunuh isteri majikannya, Khoiriyah Omar Moh Omar Hilwani pada 12 Januari 2010. Mangsa telah ditetak beberapa kali di kepala dan lehernya ditusuk dengan pisau dapur.Ruyati mengaku membunuh mangsa selepas bertengkar kerana majikannya itu tidak membenarkan dia pulang. Ruyati juga mendakwa majikannya turut memukulnya.

Makan Ayam Mentah-Mentah

Miskaulah, 38 tahun seorang warga Dusun Janganasem, Desa Trompoasri, Kecamatan Jabon, Sidoarjo, Indonesia mempunyai habit yang sangat luar biasa. Sejak dari kecil, wanita ini gemar memakan binatang secara hidup-hidup sehinggakan beliau tidak berselera untuk memakan makanan lain. 

"Kalau memakan ayam perut saya bisa kenyang, apalagi darah ayam rasanya manis-manis hangat ya. Kalau sekarang, setiap hari hanya menghabiskan dua ekor ayam. Dibanding dulu, setiap harinya habis 5 ekor mas," kata Mama Pretty, Nama samaran beliau yang juga seorang DJ radio di Tanggulangin, Sidoarjo.


Namun Mama Pretty mengakui bahawa tabiat memakan ayam secara hidup-hidup membawa banyak masalah bagi beliau. Ini kerana jika dia tidak memiliki wang, dia terpaksa memakan ayam-ayam milik saudara-saudaranya di belakang rumah. Namun, saudara-saudara beliau cukup memahami tabiat pelik Mama Pretty ini.  



"Kadang-kadang itu, kalau tidak punya uang, ya ayam di belakang rumah milik saudara-saudara saya itu saya makan. Mereka pun menyadari, karena saya memang membutuhkannya. Kalau sehari saja tidak mengkonsumsi ayam, tubuh ini rasanya lemas tidak bertenaga," kata wanitan yang memiliki dua orang anak kepada wartawan.


Soal rasa, menurut Mama Pretty, memang daging dan darah ayam lebih lazat meskipun beliau juga suka memakan ular. Beliau pernah keracunan ketika memakan ular hidup-hidup kerana bisa di dalam ular tersebut. Sejak dari itu, beliau jarang memakan ular dan lebih memilih untuk memakan ayam hidup.


"Kadang juga saya makan ular, dan saya pun terpaksa harus membelinya dari penjual. Kalau dibandingkan antara daging ayam dan ular ya jelas enakan ayam. Sebab, saya pernah keracunan ketika menyantap daging ular ketika kelas 1 SMA. Gak tahu ular apa yang saya makan waktu itu. Pokoknya, usai menyantap ular itu wajah saya membengkak," jelas Mama Pretty 


Fasha Sandha Mengamuk Dengan Iqram Dinzly

Hebat sungguh tulisan Zubir di atas sehingga Fasha Sandha mengamuk di dalam Twitternya kepada Iqram Dinzly. Media pun ingat kes ini dah setel minggu lepas, tetapi rupanya dibangkitkan kembali oleh Zubir. Siapa benar siapa salah? 
Berikut ialah beberapa luahan hati Fasha Sandha yang telah ditulis di Twitternya.




Dan Iqram Dinzly hanya berkata begini di Twitternya. Satu langkah yang baik untuk berdiam diri.

Pemain bola sepak Khairul Fahmi Dalam Video Klip "Solo"

Tidak cukup dengan kehebatan di tengah padang, kemunculan di rancangan NONA, dan juga Nasi Lemak Kopi O di TV9, Penjaga Gol No 1 Malaysia iaitu Khairul Fahmi Che Mat atau lebih mesra dengan panggilan “Apek” telah membuat kemunculan dalam video klip lagu berjudul “SOLO” nyanyian dari Andi A. Merican featuring Altimett.

Populariti Penjaga Gol muda kelahiran Kelantan ini naik mendadak setelah berjaya membantu Skuad Malaysia memenangi kejuaraan PIALA AFF SUZUKI 2010 pada tahun lalu.Sejak dari itu nama beliau terus meletup di Malaysia.
Mempunyai lebih 500,000 “fans” di facebook membolehkan Khairul Fahmi Che Mat di anggap sebagai pemain bola sepak paling terkenal di Malaysia. Saksikan video "SOLO" dibawah . . 



Tikus Gergasi Gigit Kanak-Kanak Sehingga Mati

CAPE TOWN - Polis Afrika Selatan menangkap sejenis tikus gergasi yang dipercayai menggigit sehingga mati dua orang kanak-kanak di kawasan setinggan di negara itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Tikus sebesar seekor kucing dan sepanjang satu meter itu memiliki gigi hadapan lebih dua sentimeter panjang.

Pada minggu ini, seorang budak perempuan berusia tiga tahun, Lunathi Dwadwa maut diserang mamalia tersebut ketika dia tidur di rumah ibu bapanya dekat sini.

Seorang bayi lain terkorban dalam serangan serupa pada hari yang sama di ibu negara Afrika Selatan, Johannesburg.

Video Puting Beliung Melanda Mersing, Johor

Menurut Berita Harian, kejadian ini berlaku sekitar 3.30 petang, 17 Jun 2011. Kejadian yang berterusan selama 10 minit ini merosakkan kurang lebih 10 buah khemah yang berhampiran dengan pantai. Walaubagaimanapun, tiada sebarang kematian dilaporkan.

Karyawan Sokong SKMM Sekat Laman Web Haram

Freddie Fernandez bersama artis dan pemuzik tanah air.
KUALA LUMPUR: Selepas Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) pula tampil bagi menujukan sokongan terhadap tindakan kerajaan menyekat beberapa laman portal yang menawarkan khidmat muat turun kandungan kreatif secara haram.
Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez berkata, sudah tiba masanya pihak berkuasa mengambil tindakan membanteras laman web haram bagi membantu perkembangan industri seni tanah air.
“Kami mewakili pelbagai pihak dalam industri ini tidak mahu kerajaan menarik balik tindakan yang telah diambil berikutan beberapa bantahan dan ugutan daripada pihak yang tidak berpuas hati terhadap pengharaman itu.
“Kami sudah terlalu lama menunggu tindakan sewajarnya diambil kepada mereka yang tidak bertanggungjawab yang membunuh masa depan industri seni tanah air ini,” ujarnya pada sidang media din sini, Isnin bagi menyokong tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat beberapa laman portal muat turun haram.
Baru-baru ini, SKMM telah mengenakan tapisan Internet dan menyekat 10 laman perkongsian fail antarabangsa sehingga menyebabkan beberapa laman web kerajaan dan hiburan digodam.
Tambahnya, usaha ini dapat membantu perkembangan industri hiburan tempatan yang semakin kritikal akibat daripada masalah cetak rompak dan muat turun secara haram ini.
“Industri hiburan kita kecil dan dengan adanya lanun-lanun seperti ini lebih memburukkan lagi keadaan.
“Karya yang dibuat oleh pemuzik tempatan dengan sewenang-wenangnya dicuri oleh lanun-lanun ini, malah jika dilihat secara mata kasar pemuzik-pemuzik tempatan sudah tidak mampu untuk berkarya kerana tidak mendatangkan hasil,” ujarnya.
Kata Freddie, tindakan ini seharusnya bukan sahaja disokong oleh keseluruhan penggiat seni tanah air malah kesedaran kepada masyarakat awam.
Hadir sama, pada majlis tersebut beberapa artis dan pemuzik tanah air seperti Fazli Zainal, Salwa Adbul Rahman, Izwan Pilus dan Aznan Alias.

Zed Zaidi Rasa Pelik Tidur Dengan Isteri

PETALING JAYA: Pelakon Zed Zaidi, 30, yang baru melangsungkan perkahwinan pada Jumaat lalu mengakui masih berasa kekok dengan status baru itu.
Jelas Zed, selepas tiga hari bergelar suami kepada Nelly Natalia Mustafa, ada beberapa perkara dalam kehidupan suami isteri yang sedang dipelajarinya.
“Ada banyak perkara baru dan pelik yang saya cuba membiasakan diri dan pelajari sebagai seorang suami.
“Kalau sebelum ini, saya sudah biasa tidur seorang dan hanya ada bantal peluk sebagai teman tidur. Kini, saya rasa pelik juga apabila tidur berdua tetapi saya berasa gembira dan bahagia.
“Selain itu, saya juga dapat melakukan solat berjemaah dan membuat kerja-kerja di rumah bersama seperti membantu isteri di dapur,” katanya dengan nada teruja.
Pun begitu, Zed menambah, keterujaan isterinya menyediakan pelbagai jenis masakan menyebabkan dia berasa runsing kerana bimbang berat badannya meningkat.
“Isteri saya pandai memasak pelbagai jenis makanan dan ia membuka selera makan. Namun, saya risau juga kalau berat badan akan meningkat.
“Maklumlah, saya ini artis dan tentulah nampak tidak elok di depan televisyen kalau berlaku perubahan fizikal yang mendadak.
“Jadi, saya sudah berbincang dengan isteri agar memasak makanan yang bersesuaian,” kata pelakon drama bersiri terbaru, Fatimah Juling ini.

Wednesday 22 June 2011

kaki berulat

Jika kebiasaan kita melihat ulat di tempat-tempat kotor atau pada bangkai, apa yang ingin kami tunjukkan pada anda disini adalah di kaki juga tidak menghalang makhluk ini untuk terus hidup dan membiak. pelik bukan? Mungkin inilah sebab kenapa kita perlu menjaga etika kebersihan diri dengan betul..



Tuesday 21 June 2011

Berikut adalah sedikit laporan mengenai kejadian ini yang kami terima.

MADISON - Sebutir meteor yang besar telah menerangkan ruang angkasa Wisconsin, Iowa, Illinois dan Missouri, Amerika Syarikat (AS) sekali gus menghasilkan satu bunyi letupan sonik yang menggegarkan rumah-rumah serta boleh didengari ratusan kilometer jauhnya pada malam Rabu lalu.
Bebola api gergasi itu juga telah menukar suasana gelap menjadi hijau.
Ia boleh dilihat dalam tempoh 15 minit, kira-kira pada pukul 10 malam pada waktu tempatan.
Beberapa imej yang dramatik berkaitan insiden itu dirakamkan secara tidak sengaja oleh kamera video polis di Iowa.
Seorang ahli astronomi, Mark Hammergren berpendapat meteor itu amat besar.
"Jika ia cukup untuk menerangkan ruang udara seperti waktu siang dan menghasilkan bunyi letupan sonik, ia pasti bersaiz besar. Kalau berlaku pada waktu siang, orang ramai pasti boleh melihat kesan asap di udara," katanya.
Setakat ini, tiada sebarang kecederaan atau kerosakan dilaporkan. - Agensi

bayi bermata satu

Kelahiran bayi bermata satu adalah suatu kejadian yang jarang sekali kita lihat. Bagi kita, mata satu ialah sebagai isyarat dan simbolik kepada "Mata Dajjal" tapi jika dilihat dari sudut sains pula kelahiran bayi bermata satu, adalah disebabkan kesan daripada mutasi. Memang Dajal wujud dan bakal muncul di akhir zaman menjelang kiamati. Adakah Kemunculan mata Dajal itu merupakan suatu peringatan kepada Umat Islam bahawa "budaya Dajal" sekarang ini telah pun muncul? Wallahua'lam..

benarkah pari pari wujud?

Bila sebut saja pasal pari-pari, mungkin ramai yang teringat dengan kartun Peter Pan bukan?

Tapi apa yang ingin kami tunjukkan pada anda disini bukanlah seperti pari-pari dalam kartun Peter Pan yang comel itu, sebaliknya adalah penemuan makhluk misteri yang dikatakan pari-pari sebenar. Jika dilihatkan fizikal makhluk ini ia seakan-akan manusia, cuma yang membezakannya adalah sayap sahaja. Mungkin teori yang paling sesuai dengan penemuan pari-pari ini boleh juga dikaitkan dengan "Orang Kenit" (Orang kecil). Benar atau tidak, kami pun tidak pasti..





Kami tidak dapat memastikan kesahihan gambar ini.

penemuan makhluk ganjil di gelar montauk

TORONTO, Kanada - Satu bangkai makhluk ganjil ditemui selepas seekor anjing menariknya ke tepi sebuah tasik di bandar Kitchenuhmaykoosib di Ontario, Kanada, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut sebuah laman web di bandar itu, ia pada mulanya ditemui oleh seekor anjing yang bernama Sam the Dog pada minggu pertama bulan ini.
Anjing itu milik salah seorang daripada dua jururawat yang sedang berjalan di tepi tasik tersebut.
Haiwan itu menarik bangkai makhluk aneh itu dari dalam air selepas ia menghidu sesuatu di tasik berkenaan.
Kedua-dua jururawat itu merakamkan gambar makhluk ganjil tersebut sebelum meninggalkannya.
Namun, apabila sejumlah penduduk tempatan memutuskan untuk kembali ke tempat bangkai tersebut selepas mereka mengetahui penemuannya, makhluk aneh itu didapati telah hilang.
Makhluk aneh tersebut mempunyai rambut panjang dan orang ramai mula membuat spekulasi mengenai spesies ganjil itu.
Kebanyakan orang menganggap ia mungkin raksasa Montauk kerana terdapat persamaan dengan satu lagi mahkluk ganjil yang ditemui di Montauk, New York pada 2008. - Agensi

Dibawah adalah gambar raksasa Montauk yang sempat diambil..


7 gambar menakjubkan di angkasa lepas

Ini adalah beberapa gambar exklusif dari angkasa lepas yang jarang dapat kita lihat dimana-mana. Rakaman imej menakjubkan ini telah diambil oleh salah seorang crew yang bertugas di stesen angkasa lepas ISS. Gambar ini berkemungkinan diambil adalah untuk tujuan penyelidikan pihak kerajaan Russia. Pengalaman seumpama ini, sememangnya telah diperolehi oleh Datuk Dr.Sheikh Muszaphar iaitu angkasawan pertama negara yang telah mengikuti Program Angkasawan Negara Malaysia pada tahun 2006.

Mari kita lihat betapa kecilnya kita dari sudut pandangan luar permukaan bumi.
Via Ros Cosmos

North America.

Volcanoes in Kamchatka.

The Himalayas.

Southern Italy.

Glaciers of Patagonia.

Ini mengingatkan bahawa betapa hebat kebesaran-Nya yang telah mencipta seluruh alam semesta.

penunggang motosikal terputus dua

Seorang lelaki terbunuh apabila motosikal yang ditunggangnya terjatuh ketika cuba mengelak kereta di hadapannya sebelum digilis oleh kenderaan lain dari arah belakang. Akibatnya badan mangsa terputus dua dan motosikalnya hanya mengalami kerosakan kecil. Namun kenderaan yang melanggar mangsa masih lagi belum dapat dikesan. Mangsa juga dikatakan tidak memakai topi keledar semasa berlakunya kemalangan ini.

Kejadian ini boleh dijadikan pengajaran bagi penunggang motosikal di luar sana agar lebih peka mengenai aspek keselamatan di jalan raya dan tidak menunggang dengan begitu laju. Kemalangan boleh berlaku dimana-mana, hanya anda saja yang mampu mengubahnya..