Friday 20 July 2012

100 rentung cuba cedok minyak tumpah

PELABUHAN HARCOURT, Nigeria - Lebih 100 orang yang cuba mengambil minyak petrol daripada sebuah lori tangki yang terbalik, maut apabila kenderaan itu disambar api.


Wanita dan kanak-kanak merupakan antara mangsa yang rentung. Sementara berpuluh-puluh yang lain mengalami kecederaan serius. Sebelum itu, pasukan tentera memberi amaran bahawa kebakaran boleh berlaku bila-bila masa sahaja.


Lebih 85 orang mangsa kemudian dikebumikan dalam satu kubur.


"Lori tangki itu terbalik kerana cuba mengelak tiga buah kenderaan dari arah bertentangan," jelas Ketua Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Persekutuan, Kayode Olagunju.


Tidak lama kemudian, beratus-ratus penduduk tempatan di Ahoada memenuhi lokasi kejadian untuk mencedok minyak yang tumpah. Kebanyakan mangsa yang mati ialah pemandu teksi motor, dikenali sebagai Okada.


Beberapa buah jengkaut dibawa untuk menggali kubur besar untuk mengebumikan mangsa yang mayat mereka rosak teruk dan sukar untuk dikenal pasti atau diangkat ke tempat lain. Menilai kepada tahap kecederaan mangsa yang dirawat di hospital, jumlah kematian mungkin akan terus meningkat.


Kebocoran minyak dan kemalangan lori tangki sering berlaku di negara Afrika yang kaya dengan hasil minyak itu. Pada Oktober 1998, lebih 1,000 orang maut di Jesse, negeri Delta apabila sebuah paip saluran minyak meletup ketika orang ramai sibuk hendak mencuri minyak -

Kelawar Gergasi Di Filipina

persenda-askar-jepun-di-dalam-tandas

HARBIN - Sebuah hotel di sini menyediakan mangkuk untuk membuang air kecil yang direka supaya mempunyai bentuk seperti mulut seorang askar Jepun yang sedang ternganga.
Gambar mangkuk di dalam tandas itu pernah disiarkan di laman web Weibo di China.

Hubungan antara Beijing dengan Tokyo kerap tegang berhubung perbalahan tentang pemilikan beberapa buah pulau di Laut China Timur. – AFP

bayi-ketiga-terkecil-ini-lahir-seberat.

Bayi ketiga terkecil yang pernah dilahirkan dan hidup selepas lahir hampir empat bulan sebelum tarikh kelahiran yang doktor jangkakan.Melinda Star Guido lahir dengan berat kira-kira sama seperti dua iPhone di Los Angeles County-USC Medical Centre pada 30 Ogos.Tarikh jangkaan dia dilahirkan sepatutnya pada hari ini, 15 Dis.Ibunya, Haydee Ibarra, 22, melahirkannya dengan kaedah Caesarian pada usia kandungan 24 minggu kerana gangguan tekanan darah tinggi yang membahayakan nyawa ibu dan bayi.Dengan berat hanya 270g (9.5oz) ketika dilahirkan, bayi ini diiktiraf bayi ketiga terkecil yang selamat hingga sekurang-kurangnya pada tempoh jangkaan dia dilahirkan.
Bayi ini sangat kecil sehingga dapat diletakkan di tapak tangan doktor dan telah menghabiskan masa berbulan-bulan dalam salah satu incubator di hospital ini.Hampir setiap hari, ibunya akan menghabiskan masa sepanjang hari duduk di sisi bayi ini, dan kadang kala bermalam.Semasa kehamilan, Miss Ibarra mengalami tekanan darah tinggi, yang boleh membahayakan bagi kedua-dua ibu dan janin.

Ibu muda ini telah dipindahkan dari sebuah hospital berhampiran rumahnya di San Fernando Valley ke hospital utama daerah, yang mana lebih baik dan bersedia untuk menangani kehamilan berisiko tinggi.Terdapat juga masalah dengan plasenta, organ yang menyuburkan janin ketika hamil.

Walaupun dia terselamat, doktor memberitahu Miss Ibarra dan suaminya Yovani Guido, kanak-kanak yang dilahirkan terlalu awal boleh mempunyai kelewatan perkembangan dan kecacatan seperti buta, pekak atau cerebral palsy. Terlindung dalam inkubator, Melinda telah disambungkan kepada mesin bantuan pernafasan dan mendapat nutrisi melalui feeding tube.

[ Betul Ke !!] Subhanallah ! Mayat tak Diterima Bumi (Ambil Pengajaran)

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.


Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut .Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut.


Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini.



Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.

Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.


Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu.

Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,

Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :

1-800-88-88-88
Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.

UBI...... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)

#gambar sekadar hiasan sahaja :):) haha

Aku dah terkena..jadik saja la kenakan korang Jumaat ni.....

malam-pertama-pengantin-baru-18.

Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini. Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.

Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?sapa Pak Ucu.

Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu.sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam. Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu. Isteriku hanya mengangguk tanda setuju. Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur. Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang menutupi telinganya lalu membisikkan

Assalammualaikum! ke telinganya untuk menguji isteriku.

Wa alaikummussalam. Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...

Kringggggg.....

Tik..tik..tik..tik...

Kring.. kring..kring..

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku. Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru, Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim. .

Dalam hatiku.. cilako punya kengkawan. Potong stim betullah.Haha


Polis Vietnam -tahan-mat-motor-guna-jala-ikan

TRIBUNNEWS.COM – Polis di Vietnam menangkap penunggang motor yang melanggar peraturan lalu lintas dengan menggunakan jala ikan.

Tran Van Thuc, ketua polis daerah Thanh Hoa, mengatakan pihaknya telah menahan lebih dari 100 penunggang motor yang membuat kesalahan di jalan-jalan.

Thuc juga mengatakan polis akan mengirimkan laporan terperinci soal metode penahanan seperti ini kepada Komisi Keselamatan Lalu Lintas dan badan-badan terkait lainnya.

“Kami akan meminta izin untuk meneruskan metode seperti ini,” kata Thuc dilansir BBC Indonesia.

Pihak polis Thanh Hoa menerapkan taktik ini sejak 28 Oktober lalu bertepatan dengan hari pelancaran kempen keselamatan jalan raya.

Namun langkah ini menuai kritikan dan polis Thanh Hoa akan menghentikan sementara penggunaan jala ikan sambil mengkaji cara lain yang lebih efektif.

“Kami akan meminta para ilmuwan membantu menciptakan cara khusus untuk melemparkan jala ikan ke pengendara motor guna meningkatkan ketepatan dan keselamatan,” kata Thuc.

Jaring ikan ini digunakan hanya untuk menangkap pengendara motor yang tetap ngebut walaupun telah diminta untuk berhenti.

Jaring ini dilempar ke arah penunggang kemudian diikat sehingga yang terkena tahan tidak melarikan diri.

Polis Thank Hoa mengatakan metode ini tidak menyebabkan pengunggang motor yang terjaring terluka atau menimbulkan kecelakaan.

Bila-ufo-salah-parking-dan-kena-saman

Bukan kereta je kena saman beb, UFO pun kalau menyalahi undang-undang, akan disaman jugak! Hahaha!

kisah Mayat Membaca Surah Yassin Di Mekah

Korang pernah dengar kisah mayat baca surah yassin di mekah? Nh pun baru je dapat tau.. tapi Nh tak dapat pastikan lagilah kisah ini benar berlaku atau sebaliknya.. yang pasti jika ianya benar berlaku semua itu atas kehendak ALLAH.. ok jom kita baca kisah di bawah ini yang Nh ambil dari beberapa sumber..


Kisah Benar Mayat Baca Surah Yasin Di Mekah. Adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser….penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia .


Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma’la….tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.

Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli.

Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.

Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah… Inilah yang membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah…

Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ….. sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.

Bila Pak Arab Dapat Kereta..

Fuhhh..Gila betul kreativiti pak-pak Arab ni..Kalau kreatif sikit-sikit tu aku tak kisah sangat, ini dah tahap melampau dah ke-kreatif-an diorang ni..Bukan calang-calang kereta yang diorang modified, BMW tu! Kalau aku la, kereta BMW tu aku biar je macam rupa asal lepas tu balut dengan kain, simpan kat rumah..Sayang wooo~~..


Tapi entah la, nak kata menarik cara diorang modified kereta, tak jugak..Dah macam kereta potong pun ada dah sikit-sikit..Mungkin lain orang, lain citarasa kot..So, apa pendapat korang pasal kereta ni? Menarik atau sebalik nya? Korang fikir la sendiri..hehehehe

Palacio de Sal: Hotel Yang Dibina Menggunakan Garam

Impak terhadap alam sekitar daripada bahan binaan seperti konkrit pernah dibahaskan..Tetapi, bagi menjamin keupayaan dalam menghasilkan struktur yang mampu berdiri untuk tempoh yang lama, konkrit akan kekal sebagai bahan utama untuk sebarang jenis pembinaan..

Walaubagaimana pun, ia tidak menghentikan usaha seorang pembina di pantai timur Bolovia Uyuni Salt Flats dari terus mencuba menggunakan bahan binaan baru yang boleh diperoleh dengan banyak nya iaitu garam..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..



Sebuah pasukan di sini telah pun mengoperasikan Palacio de Sal - hotel dengan 16 bilik yang diperbuat daripada garam. Untuk membina hotel ini, sebanyak satu juta blok garam telah digunakan termasuk lantai, dinding, siling, katil, meja dan kerusi. Selain daripada ruang tempat tinggal (bilik hotel), hotel ini juga mempunyai kawasan riadah, spa, kemudahan tempat makan, dan padang golf.

Hotel baru Palacio de Sal ini merupakan hotel yang kedua dibina menggunakan garam setelah hotel pertama nya yang dibina pada tahun 90-an dirobohkan akibat sistem pengurusan alam sekitar yang lemah.

Hotel yang baru ini, walaubagaimana pun, termasuk dengan pengurusan sisa pepejal yang lebih baik dan mematuhi peraturan alam sekitar yang ketat. Pihak hotel ini juga melarang penyewa daripada menjilat dinding hotel dan kadar sewa untuk satu malam juga berpatutan iaitu US$100 untuk satu malam penginapan.















p/s: Ada siapa-siapa teringin nak pergi tak? =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Anda mungkin juga meminati:
Hotel 5 Bintang Terkecil Di Dunia =)
[Aneh]: Garam Daripada Air Mata Manusia? *0*
Hotel Mayat Di Jepun!! =0
Kapsul Hotel Terapung..
LinkWithin

Thursday 19 July 2012

Koleksi Gaun Pengantin Paling Buruk

Kalau sentuh bab-bab kahwin ni, mesti semua orang nak kan..Iye laa, sesuai dengan fitrah manusia yang ingin kan pasangan yang boleh se-hidup se-mati..cewahhhh!! hahahaha..


Kahwin tu jahwin jugak, tapi pengantin dalam masyarakat kita pada hari ni lebih mementingkan status, hiasan dan pakaian yang nampak elegant dan menarik untuk dipertontonkan pada para hadirin yang hadir kat majlis diorang..Biasalah, hari perkahwinan merupakan hari yang amat bermakna untuk pasangan mempelai, kalau nak special sikit pun apa salah nya..hehehehe


Tapi, jangan pulak korang nak pakai gaun pengantin yang terlampau pelik@ganjil, nanti lari pulak jemputan yang hadir tu..Kalau gaun macam ni budak hot setapp yang pakai rasanya tak ada masalah kot, dah nama pun hot setapp kan..auwwwww~~ =D..Contoh-contoh gaun yang aku cakap tadi korang boleh layan kat bawah ni =)

Wednesday 18 July 2012

inilah-mangsa-kanibal-

Mangsa kanibal yang bernama Ronald Poppo kini masih dalam rawatan di sebuah hospital di Miami. Dalam kejadian 26 May lalu itu, seorang lelaki gelandangan yang berbogel telah memakan wajah dan bahagian kepala Poppo dalam keadaan hidup di tepi jalan. Selain luka yang teruk, mangsa ini kehilangan mata kirinya dan mengalami kecederaan pada otak yang serius. Kanibal itu yang bernama Rudy Eugene telah diminta menghentikan tindakannya itu namun enggan lalu polis menembaknya sehingga mati

Pencuci Mulut Apa Mahal Sangat Sampai $34,440??

Biar betul diorang ni..Benda kecik cinonet macam ni letak harga sampai berpuluh ribu, itu baru dalam nilai Dolar U.S tu, kalau dalam RM Malaysia??..Sendiri mau paham laa, hahahaha =D

Tapi aku musykil jugak, letak harga mahal-mahal macam harga kereta, rasa dia macam mana pulak??..Sedap ke??..Kalau rasa kena dengan harga, berbaloi jugak la bawak keluar duit berkoyan-koyan macam tu, kalau tak, konpem hangin satu badan punya =D


Apa bahan yang diorang guna sampai mahal macam ni just untuk satu puding?..Kalau korang nak tahu, bahan-bahan yang diorang guna adalah:

1. Se-lapisan "daun emas" yang boleh dimakan.
2. Se-lapisan jeli champagn
3. Setiap lapisan puding ni pulak diorang guna 4 jenis coklat Belgian terbaik yang ada kombinasi rasa oren, peach dan whiskey.
4. Ceri kat atas tu hiasan biasa ja, tapi yang bagi harga dia mahal tu sebab diorang guna hiasan berlian 2 karat kat atas puding tu!


So, itu la sebab nya kenapa puding tu jadi mahal..Agak-agak berlian yang jadi hiasan tu boleh makan sekali tak??..hahahaha =D

p/s: guna duit tu buat beli kereta cash pun lepas =)

Orang Afrika Tak Pandai Membazir Makanan =)

Cuba korang bayang kan kalau korang pesan sesuatu makanan, lepas tu makan tak habis? Apa yang korang akan buat dengan sisa makanan korang yang tak habis tu? Majoriti golongan kita akan buang je makanan tu, dengan alasan, bukan nak makan dah makanan tu lepas ni..Agak-agak, ada tak antara korang yang berperangai macam tu? Kalau yang tak ada tu baguslah, tapi kalau ada yang terasa hati, cuba lah ubah perangai tu yee..Bukan apa, perbuatan membazir ni amalan syaitan..Apa salahnya kalau kita bungkus makanan tu bawak balik bagi kucing kat rumah makan ke? Dapat jugak pahala =D

Tapi satu je aku nak puji dengan orang kat Afrika ni..Diorang kalau jumpa sesuatu makanan tu, diorang akan pastikan yang diorang akan cuba habiskan, tak kira lah kalau nak ajak orang seramai mana sekali pun (macam gotong royong pulak)..Bukan apa, korang pun tahukan keadaan kat Afrika tu macam mana kehidupan diorang..Miskin melampau..Ada hari dapat makan, ada hari mungkin diorang tak dapat makan..So, apa jenis makanan sekali pun termasuk bangkai, diorang akan cuba habiskan..Mana tahu, mungkin peluang macam tu tak akan datang lagi dah..Apa-apa hal pun, jom layan gambar diorang kat bawah ni..

Gambar Tragedi 11/9 Yang Tak Pernah Keluar Dalam Media

Sedar tak sedar, hari ni dah genap 10 tahun semenjak serangan pengganas kat World Trade Center (WTC) yang berlaku pada tahun 2001 yang lalu..Aku pun mula-mula tak berapa ingat jugak (dah tua-tua ni kan..hehehe), tapi nasib baik ada statement member yang membuat kan aku teringat balik, itu yang jadi topik entri aku pada hari ni tu..hehehehe..


Kalau tak silap aku, sejak tahun pertama selepas tragedi ni berlaku sampai la sekarang, masih ada lagi mayat-mayat mangsa yang tak dapat dikenalpasti..Iye laa, pasal ada yang dah jadi abu, seram kott..


Gambar-gambar yang aku nak tunjuk kat korang ni sebenarnya datang dari koleksi gambar yang tak pernah diorang tunjuk kat media massa..Dengan tindakan sesetengah mangsa yang sanggup terjun dari bangunan tu, mungkin diorang tak mahu dedahkan sebab takut bagi tekanan perasaan dan kesedihan yang amat sangat pada keluarga mangsa (sekadar teori aku)..


Sampai sekarang, aku pun tak pasti sama ada betul ke ini keganasan yang dilakukan oleh para pejuang radikal Islam ATAU hanya satu konspirasi Amerika sendiri dalam membunuh rakyatnya semata-mata ingin meraih sokongan untuk menceroboh negara Islam lain..

p/s: macam mana pun kita kena ingat yang agama Islam tak pernah menggalakkan umatnya melakukan keganasan..Kasihan bagi mereka yang tidak memahami nya..