Friday 20 July 2012

100 rentung cuba cedok minyak tumpah

PELABUHAN HARCOURT, Nigeria - Lebih 100 orang yang cuba mengambil minyak petrol daripada sebuah lori tangki yang terbalik, maut apabila kenderaan itu disambar api.


Wanita dan kanak-kanak merupakan antara mangsa yang rentung. Sementara berpuluh-puluh yang lain mengalami kecederaan serius. Sebelum itu, pasukan tentera memberi amaran bahawa kebakaran boleh berlaku bila-bila masa sahaja.


Lebih 85 orang mangsa kemudian dikebumikan dalam satu kubur.


"Lori tangki itu terbalik kerana cuba mengelak tiga buah kenderaan dari arah bertentangan," jelas Ketua Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Persekutuan, Kayode Olagunju.


Tidak lama kemudian, beratus-ratus penduduk tempatan di Ahoada memenuhi lokasi kejadian untuk mencedok minyak yang tumpah. Kebanyakan mangsa yang mati ialah pemandu teksi motor, dikenali sebagai Okada.


Beberapa buah jengkaut dibawa untuk menggali kubur besar untuk mengebumikan mangsa yang mayat mereka rosak teruk dan sukar untuk dikenal pasti atau diangkat ke tempat lain. Menilai kepada tahap kecederaan mangsa yang dirawat di hospital, jumlah kematian mungkin akan terus meningkat.


Kebocoran minyak dan kemalangan lori tangki sering berlaku di negara Afrika yang kaya dengan hasil minyak itu. Pada Oktober 1998, lebih 1,000 orang maut di Jesse, negeri Delta apabila sebuah paip saluran minyak meletup ketika orang ramai sibuk hendak mencuri minyak -

Kelawar Gergasi Di Filipina

persenda-askar-jepun-di-dalam-tandas

HARBIN - Sebuah hotel di sini menyediakan mangkuk untuk membuang air kecil yang direka supaya mempunyai bentuk seperti mulut seorang askar Jepun yang sedang ternganga.
Gambar mangkuk di dalam tandas itu pernah disiarkan di laman web Weibo di China.

Hubungan antara Beijing dengan Tokyo kerap tegang berhubung perbalahan tentang pemilikan beberapa buah pulau di Laut China Timur. – AFP

bayi-ketiga-terkecil-ini-lahir-seberat.

Bayi ketiga terkecil yang pernah dilahirkan dan hidup selepas lahir hampir empat bulan sebelum tarikh kelahiran yang doktor jangkakan.Melinda Star Guido lahir dengan berat kira-kira sama seperti dua iPhone di Los Angeles County-USC Medical Centre pada 30 Ogos.Tarikh jangkaan dia dilahirkan sepatutnya pada hari ini, 15 Dis.Ibunya, Haydee Ibarra, 22, melahirkannya dengan kaedah Caesarian pada usia kandungan 24 minggu kerana gangguan tekanan darah tinggi yang membahayakan nyawa ibu dan bayi.Dengan berat hanya 270g (9.5oz) ketika dilahirkan, bayi ini diiktiraf bayi ketiga terkecil yang selamat hingga sekurang-kurangnya pada tempoh jangkaan dia dilahirkan.
Bayi ini sangat kecil sehingga dapat diletakkan di tapak tangan doktor dan telah menghabiskan masa berbulan-bulan dalam salah satu incubator di hospital ini.Hampir setiap hari, ibunya akan menghabiskan masa sepanjang hari duduk di sisi bayi ini, dan kadang kala bermalam.Semasa kehamilan, Miss Ibarra mengalami tekanan darah tinggi, yang boleh membahayakan bagi kedua-dua ibu dan janin.

Ibu muda ini telah dipindahkan dari sebuah hospital berhampiran rumahnya di San Fernando Valley ke hospital utama daerah, yang mana lebih baik dan bersedia untuk menangani kehamilan berisiko tinggi.Terdapat juga masalah dengan plasenta, organ yang menyuburkan janin ketika hamil.

Walaupun dia terselamat, doktor memberitahu Miss Ibarra dan suaminya Yovani Guido, kanak-kanak yang dilahirkan terlalu awal boleh mempunyai kelewatan perkembangan dan kecacatan seperti buta, pekak atau cerebral palsy. Terlindung dalam inkubator, Melinda telah disambungkan kepada mesin bantuan pernafasan dan mendapat nutrisi melalui feeding tube.

[ Betul Ke !!] Subhanallah ! Mayat tak Diterima Bumi (Ambil Pengajaran)

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.


Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut .Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut.


Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini.



Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.

Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.


Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu.

Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,

Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :

1-800-88-88-88
Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.

UBI...... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)

#gambar sekadar hiasan sahaja :):) haha

Aku dah terkena..jadik saja la kenakan korang Jumaat ni.....

malam-pertama-pengantin-baru-18.

Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini. Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.

Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?sapa Pak Ucu.

Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu.sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam. Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu. Isteriku hanya mengangguk tanda setuju. Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur. Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang menutupi telinganya lalu membisikkan

Assalammualaikum! ke telinganya untuk menguji isteriku.

Wa alaikummussalam. Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...

Kringggggg.....

Tik..tik..tik..tik...

Kring.. kring..kring..

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku. Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru, Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim. .

Dalam hatiku.. cilako punya kengkawan. Potong stim betullah.Haha


Polis Vietnam -tahan-mat-motor-guna-jala-ikan

TRIBUNNEWS.COM – Polis di Vietnam menangkap penunggang motor yang melanggar peraturan lalu lintas dengan menggunakan jala ikan.

Tran Van Thuc, ketua polis daerah Thanh Hoa, mengatakan pihaknya telah menahan lebih dari 100 penunggang motor yang membuat kesalahan di jalan-jalan.

Thuc juga mengatakan polis akan mengirimkan laporan terperinci soal metode penahanan seperti ini kepada Komisi Keselamatan Lalu Lintas dan badan-badan terkait lainnya.

“Kami akan meminta izin untuk meneruskan metode seperti ini,” kata Thuc dilansir BBC Indonesia.

Pihak polis Thanh Hoa menerapkan taktik ini sejak 28 Oktober lalu bertepatan dengan hari pelancaran kempen keselamatan jalan raya.

Namun langkah ini menuai kritikan dan polis Thanh Hoa akan menghentikan sementara penggunaan jala ikan sambil mengkaji cara lain yang lebih efektif.

“Kami akan meminta para ilmuwan membantu menciptakan cara khusus untuk melemparkan jala ikan ke pengendara motor guna meningkatkan ketepatan dan keselamatan,” kata Thuc.

Jaring ikan ini digunakan hanya untuk menangkap pengendara motor yang tetap ngebut walaupun telah diminta untuk berhenti.

Jaring ini dilempar ke arah penunggang kemudian diikat sehingga yang terkena tahan tidak melarikan diri.

Polis Thank Hoa mengatakan metode ini tidak menyebabkan pengunggang motor yang terjaring terluka atau menimbulkan kecelakaan.