Sunday 11 September 2011

Dato Siti nurhaliza duet dengan Pit Bull dan Alicia Keys?

Walaupun album inggeris Siti Nurhaliza terpaksa di tangguhkan kerana masalah dengan penyanyi antarabangsa Sean Kingston,malah Dato Siti juga dikatakan menyembunyikan sesuatu.

Masalalah timbul dikatankan berpunca dari soal bayaran.Bukannya Dato tak mampu membayar Sean kingston tapi masalah itu timbul banyak berpunca dari penyanyi hip hop itu sendri, maklumlah artis  barat banyak cekadaknya..

pelancaran album inggeris ALL YOUR LOVE yang dijangkakan akan diadakan pada 25 september ini.
haaa jangan ingat Mizz Nina je bole berduet dengan artis antarabangsa,malah Dato Siti juga dikatakn telah berjaya mendapatkan Pit Bull dan Alicia Keys untuk merialisasikan albumnya ini.

dari soal selidik bukannya sikit untuk mengunakan artis antarabangsa ini ia boleh mencecah sebanyak USD100,000 atau RM299,000 untuk satu lagu.untuk artis tersebut tampil dalamm klip video lain pulak harganya.Bayangkan betapa banyaknya duit dilaburkan untuk memperhebatkan album inggerisnya ini.

Saturday 10 September 2011

Tiada doa untuk bukan Islam


ISLAM mengajar supaya menghormati sesama­ manusia termasuk dengan bukan Islam. Mengucapkan takziah dan menya­takan simpati atas kematian bukan Islam dibenarkan.

Bagaimanapun, Islam tidak membenarkan penganutnya menyertai upacara keagamaan agama lain termasuk ritus, doa dan sebagainya. De­ngan kata lain, menziarahi jenazah dibenarkan atas dasar hubungan sesama manusia.

Begitu juga dengan berdoa kepada bukan Islam, ada bentuk dan kandungan doa yang dibenarkan serta ada yang haram. Doa kepada bukan Islam supaya mendapat hidayah dan kebaikan duniawi termasuk kesihatan dan kaya masih dibenarkan.

Perkara yang diharam­kan adalah berdoa supaya bukan Islam beroleh ganjaran syurga, keampunan Allah dan kejayaan di akhirat. Ini kerana sudah pasti bukan Islam menerima azab Allah kerana gagal mengenal, mengakui dan menyembah Allah, Tuhan yang Esa dan Tuhan seluruh alam.

Justeru, saya menasihat­kan saudara supaya tidak berdoa kepada orang bukan Islam yang sudah meninggal dunia seperti anda nyatakan itu.

Saudara hendaklah tabah menghadapi ketentuan dan dugaan Allah. Terdapat ayat al-Quran yang melarang Nabi dan orang mukmin berdoa kepada bukan Islam.

Allah berfirman yang bermaksud: “Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah­ nyata bagi mereka baha­wasanya orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.” (Surah al-Taubah (9): 113)

Ini kerana terdapat riwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w cuba untuk memohon keampunan Allah kepada bapa saudara baginda, Abu Talib kerana jasanya kepada Islam walaupun dia mening­gal dunia tanpa memeluk Islam.

Ia tidak dibenarkan Allah dengan turunnya ayat di atas (Ibn Kathir, II: 393).
kejadian tertelan duit,guli atau barang kecil adalah biasa bagi kanak -kanak.Tapi kalau tertelan gunting lipat macam mana?bukan budak tapi seorang pemuda berusia 27 tahun telah tertelan gunting berukuran 10 cm.
 dia telah meminjam gunting rakannya untuk mencungkil gigi.tapi akibat berbuat lucu bersama rakan -rakanya,gunting telepas dan masuk ke kerongkongnya.

lelaki memakai kafan sendiri sebelum mati


subhanallah....lelaki ini telah menyediakan kain kafannya berbentuk baju dan memakainya sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.Tapi petugas jenazah terpaksa memotong kafannya untuk menguruskan pemandiannya.Maha suci Allah swt memberikan alamat-alamat kematiannya sehingga dia suda bersiap sedia dengan pakain jenazah sebelum kematiannya.