Sunday, 11 September 2011

Dato Siti nurhaliza duet dengan Pit Bull dan Alicia Keys?

Walaupun album inggeris Siti Nurhaliza terpaksa di tangguhkan kerana masalah dengan penyanyi antarabangsa Sean Kingston,malah Dato Siti juga dikatakan menyembunyikan sesuatu.

Masalalah timbul dikatankan berpunca dari soal bayaran.Bukannya Dato tak mampu membayar Sean kingston tapi masalah itu timbul banyak berpunca dari penyanyi hip hop itu sendri, maklumlah artis  barat banyak cekadaknya..

pelancaran album inggeris ALL YOUR LOVE yang dijangkakan akan diadakan pada 25 september ini.
haaa jangan ingat Mizz Nina je bole berduet dengan artis antarabangsa,malah Dato Siti juga dikatakn telah berjaya mendapatkan Pit Bull dan Alicia Keys untuk merialisasikan albumnya ini.

dari soal selidik bukannya sikit untuk mengunakan artis antarabangsa ini ia boleh mencecah sebanyak USD100,000 atau RM299,000 untuk satu lagu.untuk artis tersebut tampil dalamm klip video lain pulak harganya.Bayangkan betapa banyaknya duit dilaburkan untuk memperhebatkan album inggerisnya ini.

Saturday, 10 September 2011

Tiada doa untuk bukan Islam


ISLAM mengajar supaya menghormati sesama­ manusia termasuk dengan bukan Islam. Mengucapkan takziah dan menya­takan simpati atas kematian bukan Islam dibenarkan.

Bagaimanapun, Islam tidak membenarkan penganutnya menyertai upacara keagamaan agama lain termasuk ritus, doa dan sebagainya. De­ngan kata lain, menziarahi jenazah dibenarkan atas dasar hubungan sesama manusia.

Begitu juga dengan berdoa kepada bukan Islam, ada bentuk dan kandungan doa yang dibenarkan serta ada yang haram. Doa kepada bukan Islam supaya mendapat hidayah dan kebaikan duniawi termasuk kesihatan dan kaya masih dibenarkan.

Perkara yang diharam­kan adalah berdoa supaya bukan Islam beroleh ganjaran syurga, keampunan Allah dan kejayaan di akhirat. Ini kerana sudah pasti bukan Islam menerima azab Allah kerana gagal mengenal, mengakui dan menyembah Allah, Tuhan yang Esa dan Tuhan seluruh alam.

Justeru, saya menasihat­kan saudara supaya tidak berdoa kepada orang bukan Islam yang sudah meninggal dunia seperti anda nyatakan itu.

Saudara hendaklah tabah menghadapi ketentuan dan dugaan Allah. Terdapat ayat al-Quran yang melarang Nabi dan orang mukmin berdoa kepada bukan Islam.

Allah berfirman yang bermaksud: “Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah­ nyata bagi mereka baha­wasanya orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.” (Surah al-Taubah (9): 113)

Ini kerana terdapat riwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w cuba untuk memohon keampunan Allah kepada bapa saudara baginda, Abu Talib kerana jasanya kepada Islam walaupun dia mening­gal dunia tanpa memeluk Islam.

Ia tidak dibenarkan Allah dengan turunnya ayat di atas (Ibn Kathir, II: 393).
kejadian tertelan duit,guli atau barang kecil adalah biasa bagi kanak -kanak.Tapi kalau tertelan gunting lipat macam mana?bukan budak tapi seorang pemuda berusia 27 tahun telah tertelan gunting berukuran 10 cm.
 dia telah meminjam gunting rakannya untuk mencungkil gigi.tapi akibat berbuat lucu bersama rakan -rakanya,gunting telepas dan masuk ke kerongkongnya.

lelaki memakai kafan sendiri sebelum mati


subhanallah....lelaki ini telah menyediakan kain kafannya berbentuk baju dan memakainya sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.Tapi petugas jenazah terpaksa memotong kafannya untuk menguruskan pemandiannya.Maha suci Allah swt memberikan alamat-alamat kematiannya sehingga dia suda bersiap sedia dengan pakain jenazah sebelum kematiannya.

Tuesday, 23 August 2011

perempuan ini memotong kemaluan jirannya kerana cubaan merogol atau balas deendam?..


Inilah Monju Begum, 40 tahun, dari Bangladesh yang kisahnya dipaparkan di blog ini semalam tentang seorang wanita yang memotong alat kemaluan seorang lelaki yang cuba merogolnya dan membawa kemaluan tersebut ke balai polis sebagai barang bukti.

Hal tersebut terjadi di desa Mirzapur, Jhalakati, sekitar 200 kilometer selatan ibu kota Dhaka.

Monju adalah ibu dengan tiga anak. Dia menyatakan kepada polis bahawa jirannya Mozammel Haq Mazi memaksa masuk ke biliknya dan kemudian beliau bertindak menyerangnya.

Walau bagaimanapun Mazi menyangkal tuduhan tersebut dan beliau sudah dibawa ke hospital terdekat.

"Kami akan menahannya apabila beliau sembuh," kata jurucakap polis Bangladesh Abul Khaer.

"Dia menyatakan dirinya menyerang balik, memotong kemaluan Mazi dan membawanya ke pejabat polis kami dalam kantong plastik untuk membuktikan Mazi berusaha meroogolnya," kata Khaer.

"Dia melaporkan kes tuduhan merogol," katanya.

"Ini suatu peristiwa tidak biasa. Sepanjang saya ketahui, untuk pertama kalinya wanita membawa potongan penis ke balai polis sebagai barang bukti."

Serangan balas dendam

Moju Begum sebenarnya sudah mengeluh kepada polis bahawa Mazi, ayah lima anak, selama enam bulan terakhir terus mengganggunya.

Tetapi Mazi menyangkal tuduhan tersebut.

"Kami menjalinkan hubungan dan baru-baru ini dia mengisyaratkan kami berdua dapat pergi dan pindah untuk hidup di Dhaka," kata Mazi di hospital di dekat Barisal.

"Saya menolak dan mengatakan kepadanya bahawa saya tidak dapat meninggalkan isteri dan anak-anak, kerana itulah dia membalas dendam."

Profesor AMSM Sharfuzzaman - pakar bedah kanan di Universiti Kedoktoran dan Hospital Sher-e-Bangla di kota Barisal- menyatakan bahawa tidak mungkin menghubungkan kembali penis ke tubuh Mazi.

"Polis membawa penis beberapa jam setelah kejadian," katanya.

"Kami merawatnya agar dia tetap dapat buang air kecil tanpa penis."

Tuesday, 9 August 2011

Lakaran ayat suci Al-quran di tubuh anak kecil



Seorang bayi berusia 9 bulan di kizlyar,Dagesten di selatan rusia,menjadi tumpuan ramai berikutan kemunculan lakarn petikan ayat suci al-quran pada beberpa bhagian tubuhnya.

kemunculan ayat suci al-quran bewarna merah jambu dibahagian tubuh Ali yakubov,bersilih ganti 2 minggu kali seminggu,iaitu isnin  dan malam jumaat yang berlaku seawal kelahirannya tetapi menjadi semakin kersp dalam beberapa minggu  lalu.la timbul di bebrapa bahagian badan tubuh Ali. seperti di belakang kaki ,perut dan tangannya sebelum pudar lenyap dan muncul dibahagian lain.

antara lakarn yang timbul bermaksud'Allah maha besar' dan 'Allah menciptaka  semua ini'



Thursday, 28 July 2011

Siti Nurhaliza - Falling In Love wit Lyric


Once in a lifetime
An angle sweep you off your feet
And everything i'm about
Disappears before my eyes

You taking me Higher
When i hear you speak to me
It's so familiar
That i cought up in  this fantasy

Now i can't seem to find myself
Owh i can't seem, it's my mind
Owh i keep falling..i falling and i can't
Stop falling..falling in love with you

Other than to your eyes
I see your love that comforts me
Every now when i go to sleep
Away to see you in my dream

You taking me higher
when i hear u say my name
i trying to tell you
that i never want to let you go

Now i can't seem to find myself
Owh i can't seem, it's my mind
Owh i keep falling..i falling and i can't
Stop falling..falling in love with you

Over and over again
You plays out in my mind
I can see it clearly

It giving something new to believe in
Come take me away (4x)

Now i can't seem to find myself
Owh i can't seem, it's my mind
Owh i keep falling..i falling and i can't
Stop falling..falling in love 

Now i can't seem to find myself
Owh i can't seem, it's my mind
Owh i keep falling..i falling and i can't
Stop falling..falling in love with you