Jika kebiasaan kita melihat ulat di tempat-tempat kotor atau pada bangkai, apa yang ingin kami tunjukkan pada anda disini adalah di kaki juga tidak menghalang makhluk ini untuk terus hidup dan membiak. pelik bukan? Mungkin inilah sebab kenapa kita perlu menjaga etika kebersihan diri dengan betul..
Wednesday, 22 June 2011
Tuesday, 21 June 2011
Berikut adalah sedikit laporan mengenai kejadian ini yang kami terima.
MADISON - Sebutir meteor yang besar telah menerangkan ruang angkasa Wisconsin, Iowa, Illinois dan Missouri, Amerika Syarikat (AS) sekali gus menghasilkan satu bunyi letupan sonik yang menggegarkan rumah-rumah serta boleh didengari ratusan kilometer jauhnya pada malam Rabu lalu.Bebola api gergasi itu juga telah menukar suasana gelap menjadi hijau.Ia boleh dilihat dalam tempoh 15 minit, kira-kira pada pukul 10 malam pada waktu tempatan.Beberapa imej yang dramatik berkaitan insiden itu dirakamkan secara tidak sengaja oleh kamera video polis di Iowa.Seorang ahli astronomi, Mark Hammergren berpendapat meteor itu amat besar."Jika ia cukup untuk menerangkan ruang udara seperti waktu siang dan menghasilkan bunyi letupan sonik, ia pasti bersaiz besar. Kalau berlaku pada waktu siang, orang ramai pasti boleh melihat kesan asap di udara," katanya.Setakat ini, tiada sebarang kecederaan atau kerosakan dilaporkan. - Agensi
bayi bermata satu
Kelahiran bayi bermata satu adalah suatu kejadian yang jarang sekali kita lihat. Bagi kita, mata satu ialah sebagai isyarat dan simbolik kepada "Mata Dajjal" tapi jika dilihat dari sudut sains pula kelahiran bayi bermata satu, adalah disebabkan kesan daripada mutasi. Memang Dajal wujud dan bakal muncul di akhir zaman menjelang kiamati. Adakah Kemunculan mata Dajal itu merupakan suatu peringatan kepada Umat Islam bahawa "budaya Dajal" sekarang ini telah pun muncul? Wallahua'lam..
benarkah pari pari wujud?
Bila sebut saja pasal pari-pari, mungkin ramai yang teringat dengan kartun Peter Pan bukan?
Tapi apa yang ingin kami tunjukkan pada anda disini bukanlah seperti pari-pari dalam kartun Peter Pan yang comel itu, sebaliknya adalah penemuan makhluk misteri yang dikatakan pari-pari sebenar. Jika dilihatkan fizikal makhluk ini ia seakan-akan manusia, cuma yang membezakannya adalah sayap sahaja. Mungkin teori yang paling sesuai dengan penemuan pari-pari ini boleh juga dikaitkan dengan "Orang Kenit" (Orang kecil). Benar atau tidak, kami pun tidak pasti..
Tapi apa yang ingin kami tunjukkan pada anda disini bukanlah seperti pari-pari dalam kartun Peter Pan yang comel itu, sebaliknya adalah penemuan makhluk misteri yang dikatakan pari-pari sebenar. Jika dilihatkan fizikal makhluk ini ia seakan-akan manusia, cuma yang membezakannya adalah sayap sahaja. Mungkin teori yang paling sesuai dengan penemuan pari-pari ini boleh juga dikaitkan dengan "Orang Kenit" (Orang kecil). Benar atau tidak, kami pun tidak pasti..
Kami tidak dapat memastikan kesahihan gambar ini.
penemuan makhluk ganjil di gelar montauk
TORONTO, Kanada - Satu bangkai makhluk ganjil ditemui selepas seekor anjing menariknya ke tepi sebuah tasik di bandar Kitchenuhmaykoosib di Ontario, Kanada, lapor sebuah akhbar semalam.Menurut sebuah laman web di bandar itu, ia pada mulanya ditemui oleh seekor anjing yang bernama Sam the Dog pada minggu pertama bulan ini.Anjing itu milik salah seorang daripada dua jururawat yang sedang berjalan di tepi tasik tersebut.Haiwan itu menarik bangkai makhluk aneh itu dari dalam air selepas ia menghidu sesuatu di tasik berkenaan.Kedua-dua jururawat itu merakamkan gambar makhluk ganjil tersebut sebelum meninggalkannya.Namun, apabila sejumlah penduduk tempatan memutuskan untuk kembali ke tempat bangkai tersebut selepas mereka mengetahui penemuannya, makhluk aneh itu didapati telah hilang.Makhluk aneh tersebut mempunyai rambut panjang dan orang ramai mula membuat spekulasi mengenai spesies ganjil itu.Kebanyakan orang menganggap ia mungkin raksasa Montauk kerana terdapat persamaan dengan satu lagi mahkluk ganjil yang ditemui di Montauk, New York pada 2008. - Agensi
Dibawah adalah gambar raksasa Montauk yang sempat diambil..
7 gambar menakjubkan di angkasa lepas
Ini adalah beberapa gambar exklusif dari angkasa lepas yang jarang dapat kita lihat dimana-mana. Rakaman imej menakjubkan ini telah diambil oleh salah seorang crew yang bertugas di stesen angkasa lepas ISS. Gambar ini berkemungkinan diambil adalah untuk tujuan penyelidikan pihak kerajaan Russia. Pengalaman seumpama ini, sememangnya telah diperolehi oleh Datuk Dr.Sheikh Muszaphar iaitu angkasawan pertama negara yang telah mengikuti Program Angkasawan Negara Malaysia pada tahun 2006.
Mari kita lihat betapa kecilnya kita dari sudut pandangan luar permukaan bumi.
Mari kita lihat betapa kecilnya kita dari sudut pandangan luar permukaan bumi.
Via Ros Cosmos
North America.
Volcanoes in Kamchatka.
The Himalayas.
Southern Italy.
Glaciers of Patagonia.
Ini mengingatkan bahawa betapa hebat kebesaran-Nya yang telah mencipta seluruh alam semesta.
penunggang motosikal terputus dua
Seorang lelaki terbunuh apabila motosikal yang ditunggangnya terjatuh ketika cuba mengelak kereta di hadapannya sebelum digilis oleh kenderaan lain dari arah belakang. Akibatnya badan mangsa terputus dua dan motosikalnya hanya mengalami kerosakan kecil. Namun kenderaan yang melanggar mangsa masih lagi belum dapat dikesan. Mangsa juga dikatakan tidak memakai topi keledar semasa berlakunya kemalangan ini.
Kejadian ini boleh dijadikan pengajaran bagi penunggang motosikal di luar sana agar lebih peka mengenai aspek keselamatan di jalan raya dan tidak menunggang dengan begitu laju. Kemalangan boleh berlaku dimana-mana, hanya anda saja yang mampu mengubahnya..
Kejadian ini boleh dijadikan pengajaran bagi penunggang motosikal di luar sana agar lebih peka mengenai aspek keselamatan di jalan raya dan tidak menunggang dengan begitu laju. Kemalangan boleh berlaku dimana-mana, hanya anda saja yang mampu mengubahnya..
Subscribe to:
Posts (Atom)


























