Saturday 10 September 2011

Tiada doa untuk bukan Islam


ISLAM mengajar supaya menghormati sesama­ manusia termasuk dengan bukan Islam. Mengucapkan takziah dan menya­takan simpati atas kematian bukan Islam dibenarkan.

Bagaimanapun, Islam tidak membenarkan penganutnya menyertai upacara keagamaan agama lain termasuk ritus, doa dan sebagainya. De­ngan kata lain, menziarahi jenazah dibenarkan atas dasar hubungan sesama manusia.

Begitu juga dengan berdoa kepada bukan Islam, ada bentuk dan kandungan doa yang dibenarkan serta ada yang haram. Doa kepada bukan Islam supaya mendapat hidayah dan kebaikan duniawi termasuk kesihatan dan kaya masih dibenarkan.

Perkara yang diharam­kan adalah berdoa supaya bukan Islam beroleh ganjaran syurga, keampunan Allah dan kejayaan di akhirat. Ini kerana sudah pasti bukan Islam menerima azab Allah kerana gagal mengenal, mengakui dan menyembah Allah, Tuhan yang Esa dan Tuhan seluruh alam.

Justeru, saya menasihat­kan saudara supaya tidak berdoa kepada orang bukan Islam yang sudah meninggal dunia seperti anda nyatakan itu.

Saudara hendaklah tabah menghadapi ketentuan dan dugaan Allah. Terdapat ayat al-Quran yang melarang Nabi dan orang mukmin berdoa kepada bukan Islam.

Allah berfirman yang bermaksud: “Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah­ nyata bagi mereka baha­wasanya orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.” (Surah al-Taubah (9): 113)

Ini kerana terdapat riwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w cuba untuk memohon keampunan Allah kepada bapa saudara baginda, Abu Talib kerana jasanya kepada Islam walaupun dia mening­gal dunia tanpa memeluk Islam.

Ia tidak dibenarkan Allah dengan turunnya ayat di atas (Ibn Kathir, II: 393).

No comments: