Thursday 28 July 2011

Zarina Anjoulie Lavocah Sudah Bertunang?


“Lovin my new engagement ring. I aint much but its something 2 me. Love u ” – @Zrina_Anjulie
Itu’lah kata-kata pelakon kontroversi Zarina Anjoulie, 24 di laman Twitternya setelah sah mengikatkan tali pertunangannya secara senyap baru-baru ini.
Kali ini juga, anda dapat melihat sendiri Zarina Anjoulie dalam versi bertudung, lebih cantik dilihat begitu. Mungkinkah pertunangan ini sebagai petanda bahawa dirinya akan berubah, atau lebih hebat dengan kontroversi?
Baru-baru ini, Zarina Anjoulie ada meluahkan isi hatinya mengenai isu seksi sehingga sering menjadi sasaran pelbagai pihak yang jelik dengan sikapnya. Malah, kisah kontroversi gambar bogelnya yang tersebar 5 tahun lepas kerap dijadikan isu yang dikorek semula.
Zarina berkata, dia kecewa apabila sesetengah media sengaja memainkan isu supaya masyarakat membenci dirinya. Sedangkan, apabila di luar, ramai juga orang yang terdiri daripada kakak-kakak, orang yang bertudung atau berkahwin mendekati dirinya.
Haih, apa nak buat Zarina. Terlajak perahu boleh diundurkan, terlajak gambar forever on internet okay! Sabar je lah!


Zarina Anjoulie bersama Tunang

No comments: