Thursday 28 July 2011

Share Bapa Mentua Tak Maafkan Jimmy, Ibu Mentua Terkejut & Majlis Cukur Jambul Anak Jimmy Shanley & Suhaila.


Rakan media, Media Hiburan mendedahkan kenyataan bapa mentua Jimmy, Datuk Suhaimy yang dikatakan terkilan dengan sikap Jimmy Shanley berhubung pengumuman pembatalan majlis cukur jambul yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan, 24 Julai lalu. Ikuti laporan oleh Media Hiburan selepas ini.
Kenyataan Jimmy Shanley berhubung pembatalan majlis cukur jambul anak perempuannya yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan terbitan Ahad lalu (24 Julai) menimbulkan kemarahan bapa dan ibu mentuanya.
“Jujurnya, saya tidak maafkan dia berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan. Nama saya tercemar sehinggakan saya jadi malu dengan kawan-kawan yang bertanyakan kesahihan sama ada majlis cukur jambul cucu saya jadi atau tidak.
“Bila ramai yang bertanya, saya jadi terkejut kerana majlis yang dirancang akan dilaksanakan dan dia sendiri tahu majlis ini akan dibuat pada 27 Julai.
“Bila itu terjadi, saya jadi sangat marah dengan tindakannya. Pada saya, jadi atau tidak majlis tersebut tidak perlu keluarkan kenyataan. Bukannya kita jemput satu stadium. Apa motif dia untuk keluarkan kenyataan sedemikian. Ini adalah majlis saya,” luah Datuk Suhaimi yang ditemui seusai majlis cukur jambul dua orang cucunya pada malam semalam.
Bagi ibu mentuanya yang dianggap sebagai orang yang paling rapat dengan Jimmy menjelaskan;
“Memang Jimmy merancang untuk mengadakannya pada 23 Julai lalu. Tetapi, suami saya beritahu yang dia tidak boleh kerana ada mesyuarat dengan stokis. Justeru, Jimmy sendiri yang berikan tarikh 27 Julai kerana dia kata hanya hari Rabu dan Khamis sahaja dia ‘free’.
“Agak terkejut bila dia cakap majlis ini tidak jadi. Itu yang saya dan suami marah sangat. Apabila saya hubungi dan bertanyakan hal berkenaan kepadanya, dia tidak jawab pun. Kalau dia cakap dia tidak tahu menahu soal majlis ini, dia tipu. Malah, sebelum majlis ini berlangsung pada sebelah petangnya saya ada ingatkannya.”
Majlis cukur jambul Zahrah Shanley, anak kepada Jimmy Shanley, 32 & Nursuhaila Eliani, 25 berlangsung dalam suasana penuh keberkatan di rumah keluarga sebelah Nursuhaila di Sungai Buluh, malam tadi. Seramai 100 jemputan hadir termasuk pihak media membanjiri perkarangan rumah agam Datuk Suhaimy & Datin Muniroh bermula pukul 8 malam.
Majlis dimulakan dengan solat secara berjemaah dan diikuti dengan bacaan yassin oleh penduduk sekitar yang hadir bersama. Selepas solat Isyak, kumpulan marhaban memulakan upacara dengan melafazkan ayat-ayat suci Al-Quran yang diketuai oleh Puan Rohana.
Upacara cukur jambul Zahray Shanley dilakukan oleh bapa kepada Nursuhaila, Datuk Suhaimy sambil disaksikan oleh ibunya, Datin Muniroh. Majlis cukur jambul ini turut meraikan kelahiran bayi abang & kakak ipar Suhaila.
Walau bagaimanapun, kelibat Jimmy Shanley tidak kelihatan sehingga berakhirnya majlis pada pukul 11 malam tadi.

No comments: