Wednesday 20 July 2011

roh orang yang berhutang tidak akan naik ke langit.

MANUSIA secara lumrahnya tidak terlepas daripada berhutang sama ada sikit atau banyak. Dengan sebab itu, Islam menggariskan peraturan tertentu mengenai hutang, antaranya (1) setiap hutang perlu dibayar, (2) keutamaan untuk memberi hutang kepada mereka yang memerlukan, (3) tidak dibenarkan mengambil keuntungan daripada hutang itu seperti mengenakan riba atau faedah.

Ini kerana ia berkait dengan mengambil kesempatan atas kesusahan dan keperluan orang lain dan (4) memberi peluang kepada penangguhan pembayaran hutang apabila tidak mampu atau ada keperluan mendesak.

Sebenarnya anda sudah menunaikan tanggungjawab anda apabila berhutang de�ngan membayar balik hutang itu. Bagaimanapun, anda masih beranggapan hutang anda masih belum terbayar kepada seseorang yang anda anggap tidak suka meminta-minta.

Apa yang perlu anda lakukan ialah terus berhubung dan bertanya perkara itu dengannya. Penjelasan beliau sudah tentu menenangkan hati anda.

Selain itu, perlu diingat dalam Islam kita sudah diminta supaya setiap hutang perlu ditulis dan mempunyai dua saksi (lihat al-Quran, Surah al-Baqarah (2): 282).

Ini bertujuan supaya hutang dapat dijelaskan sedapat mungkin tanpa ada alasan seperti tidak ingat dan sebagainya.

No comments: