Wednesday 13 July 2011

Posmen Buang Air Besar Di Halaman Rumah Penduduk Digantung Kerja

Seorang penduduk tempatan Don Derfler berkata ia telah melihat satu aksi yang menjijikkan ketika ia sedang menjaga anaknya Rabu lalu.

"Dia mulai menarik seluar ke bawah dan mula buang air besar, dan pada saat itu saya mengambil kamera dan mengambil gambar," kata Derfler.

Dia menambah: "Ini adalah tentang bagaimana mereka menghormati hak milik kita? Ia bukan saja salah tetapi juga membahayakan."

Aksi posmen ketika membuka seluarnya untuk membuang air besar di halaman rumah seorang penduduk berjaya dikesan.

Menurut seorang pegawai di dalam Perkhidmatan POS Amerika Syarikat memberitahu stsesen berita tempatan KGW bahawa mereka telah menggantung kerja posmen tersebut sambil menunggu siasatan dijalankan.

"Kami mengambil (perkara) ini sangat serius, dan kami benar-benar ingin meminta maaf kepada pelanggan-pelanggan kami dan kepada masyarakat," kata jurucakap POS Amerika Syarikat, Ron Anderson.

"Aku bekerja di dalam Perkhidmatan Pos ini selama bertahun-tahun dan tidak pernah mendengar insiden seperti ini, dan saya berharap ia tidak akan berulang lagi."

No comments: