Sunday 24 July 2011

Najwa Latif popular kerana ayahnya

NAJWA KINI POPULAR DENGAN LAGU CINTA MUKA BUKU
Mengambil jalan seperti mana yang pernah dilakukan oleh Zie Avie menerusi lagu Kantoi, Yuna (Dan Sebenarnya) dan Ana Raffali (Tolong Ingatkan Aku), gadis yang baru berusia 16 tahun ini juga mengambil alternatif  Youtube untuk menaikkan namanya dalam industri seni suara ini.
Najwa Latif, gadis kelahiran Batu Pahat, Johor ini mula mencipta nama sebagai penyanyi selepas lagu ciptaan bersama seorang kakaknya, Cinta Muka Bukumendapat perhatian yang sangat menggalakkan melalui muat turun laman You Tube.
Masih bersekolah dan berada ditingkatan empat, Najwa bagaimanapun bijak mengawal jadualnya dan membezakan antara kerjaya dan perlajaran.
"Saya sudah mula menyanyi sejak berusia lima tahun dan bermain gitar pula pada usia 14 tahun,  bermula dengan memuat naik video di laman sesawang youtube untuk tontonan ayah saya yang ketika itu baru sahaja pindah ke Kota Tinggi.
"Ayah akan lihat perkembangan saya dalam bermain gitar, jadi setiap minggu saya akan praktis bermain gitar dan memuat naikkan video terbaru untuk ayah. Tak sangka ada orang lain yang turut sama menonton video saya di Youtube. Dan dari situlah, nama saya mula dikenali.
"Tentang sekolah, buat masa ini Alhamdulillah, saya dibawah naungan NAR Records dan mereka sangat memahami keadaan saya sekarang ini. Mereka menguruskan jadual saya supaya persembahan dan sesi promosi dijalankan pada hujung minggu atau cuti sekolah sahaja,"jelas Najwa Latif.
Bercerita tentang singlenya yang sedang hangat diputarkan di stesen-stesen radio tempatan, Najwa mengakui sangat bersyukur dengan penerimaan orang ramai tentang perkara itu.
"Lagu Cinta Muka Buku ini berkisar tentang pekenalan dilaman sosial yang terkenal iaitu Facebook. Kalau kita dapat lihat sekarang, ramai orang yang berkenalan, bercinta, dan ada juga yang berkahwin, bermula dengan perkenalan di laman Facebook ini.
"Jadi, kakak saya, iaitu Syafika Latif yang juga penulis lagu ini, cuba mengolah satu lagu berkisarkan kisah perkenalan laman sosial ini. Saya memilih tajuk Cinta Muka Buku kerana ia bermaksud facebook yang umum tahu ia merupakan lama sosial yang terkemuka bukan saja di Malaysia malah di seluruh dunia. Harapan saya agar lagu ini diterima umum dan orang dapat menerima Najwa Latif dalam persada muzik di Malaysia, Insya-Allah,"jelasnya.


No comments: