Wednesday 13 July 2011

Hos Melodi, Dira Abu Zahar Telah Bertunang.


Sebenarnya, kami sudah dengar desas-desus bahawa Dira Abu Zahar akan mengikatkan tali perkahwinannya bersama orang tersayang dalam tahun ini. Akhirnya, terjawab sudah khabar angin tersebut apabila hos rancangan Melodi ini baru sahaja melaksanakan majlis pertunangannya bersama seorang pengarah fotografi, Mohd Helmi Mohd Yusof, baru-baru ini.
Kami difahamkan, mereka berdua telah memilih tarikh keramat 11.11.2011 yang jatuh pada hari jumaat sebagai hari pernikahan. Majlis resepsi pula akan diadakan pada 13.11.2011 di Kuala Lumpur.

Imbas kembali, Dira pernah berkahwin dengan Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid atau lebih dikenali sebagai Ash & dikurniakan seorang anak perempuan bernama Tengku Anggun Deandra. Walau bagaimanapun, jodoh mereka berdua tidak panjang dan bercerai sekitar tahun 2008.




Dira Abu Zahar Bertunang

No comments: