Sunday 24 July 2011

Falling In Love, Single Terbaru Siti Nurhaliza Versi English.

 Pada 19 Julai 2011, Adib Khalid melalui laman Twitter @adibkhalid memaklumkan pelancaran single terbaru Datuk Siti Nurhaliza versi English berjudul, Falling In Love. Secara total, Falling In Love memaparkan sisi Siti Nurhaliza yang lebih urban dimana rentak lagu yang dihasilkan berkonsepkan dance house.
Percubaan berani Siti Nurhaliza untuk single ini amat menjadi. Sesuai dengan trend & selera pendengar sekarang yang amat gemarkan rentak house. Antara penyanyi bertaraf dunia yang turut terjun ke dalam muzik house elektro ialah Jennifer Loper – On The Floor & Rihanna – Who’s That Chick. Tak salah mencuba, kan?
Tahniah buat Siti Nurhaliza & Adib Khalid atas pelancaran single ini, seriously enjoice!


No comments: