Wednesday 13 July 2011

Ekin & Mawi Akan Menimang Anak, Kini Hamil 7 Minggu.


Sudah lama tak kedengaran cerita Ekin & Mawi selepas mereka berdua berkahwin. Rupanya, kedua-dua pasangan ini sedang berada dalam mood kegembiraan apabila Ekin telah disahkan hamil 7 minggu oleh doktor, kira-kira 2 minggu lepas.
Penantian selama 3 tahun nampaknya berbaloi, kami pasti Ekin & Mawi amat teruja dengan kehadiran orang ketiga dalam keluarga mereka, nanti. Walau bagaimanapun, Mawi tampak gusar dengan berita kehamilan ini, apatah lagi sebelum ini Ekin pernah mengalami keguguran sebanyak 2 kali.
“Saya bersyukur dengan kurniaan ini, mungkin rezeki selepas menunaikan umrah pada April lepas. Namun, saya tak berani nak berkata macam-macam sebab kandungan ini masih berada di tahap awal,” jelas Mawi.
Atas saranan doktor, Ekin dinasihat supaya tidak melakukan aktiviti yang lasak serta banyak berehat sepanjang kehamilan ini. Mawi juga memohon supaya orang ramai  mendoakan keselamatan kandungan isterinya. Amin!

No comments: