Friday 15 July 2011

Cincin 24 Juta Datin Rosmah Tanpa Cukai? SPRM Diarah Siasat

http://maidoali.files.wordpress.com/2011/07/rosmah.jpg?w=300&h=221

GEORGETOWN 13 JULAI : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini digesa menyiasat dakwaan bahawa isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor mengimport sebentuk cincin berlian bernilai RM24 juta tanpa cukai dari Amerike Syarikat April lalu.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin membuat laporan kepada SPRM di Pulau Pinang bersabit dakwaan itu dengan mengemukakan apa yang disebut beliau sebagai salinan dokumen import yang diperolehi daripada sebuah sumbernya.

Badrul yang juga dikenali sebagai Chegu Bard berkata cetakan dokumen itu daripada skrin komputer mengandungi maklumat terperinchi mengenai cincin berkenaan dan butiran penuh mengenai pengimportnya.

Antara maklumat tertera adalah cetakan komputer itu adalah :

Nama Barangan : Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond
Nama Pengekspot : Jacob & Co dari New York
Nama Pengimpot : Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee
Tarikh Impot  : 6-04-2011
Tempat Impot  : KLIA

Sehubungan dengan itu, Chegu Bard menggesa SPRM mengadakan siasatan secara terperinci dan telus sebelum menyatakan hasil siasatan.
"Kita mendesak SPRM untuk tampil menyatakan hasil siasatan mereka kepada umum kerana ini melibatkan bukan sedikit jumlah wang rakyat Malaysia."

Beliau berkata cetakan maklumat yang diperolhi "hampir mustahil" untuk dipalsukan.

"Hampir mustahil untuk seseorang membekalkan butiran penerbangan, nama pegawai kastam yang bertugas, nama pengimport dan sebagainya," kata beliau.

"Ini mengingatkan kita kepada negara jiran kita yang pernah dihancurkan oleh seorang wanita pertama yang bernama Imelda Marcos. Kita tidak mahu negara kita jadi begitu.

Cukuplah rakyat yang terseksa. Kita tidak mahu orang yang bernama sebagai wanita pertama bersikap sedemikian rupa." tambahnya.
Badrul turut menggesa Rosmah tampil memberi penjelasan bersabit dakwaan itu, khususnya mengenai cetakan maklumat pengisythiaran Kastam yang diperolehi.

Beliau juga berkata syarikat Jacob dan Co yang dikatakan mengeksport cincin itu, turut dikaitkan dengan perhiasan yang diguna oleh isteri Perdana Menteri.

"Jacob & Co merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di New York. Beberapa barang keluarannya yang terpapar dalam websitenya, kita dapat padankannya dengan beberapa perhiasan yang sering dipakai oleh Rosmah Mansor,"katanya.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana pengimport cincin berlian itu mendapat pengecualian cukai bagi membawa masuk perhiasan itu.

"Adakah suami individu yang dinamakan diatas menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan untuk memperolehi cukai kosong itu," tanya beliau.

No comments: