Saturday 16 July 2011

Aksi Lebih Bertenaga, Raja Tetap Bidas Pertahanan Bolos 6 Gol Bodoh

Bolos 10 gol dalam dua perlawanan, Datuk K.Rajagobal tidak lagi mampu bersabar dengan barisan pertahanan pincangnya yang seumpama TIDAK BELAJAR DARIPADA KESILAPAN, dan mengulangi kesilapan mudah sehingga bolos 6 gol kepada barisan ‘mentah’ Liverpool sebentar tadi.
Meskipun berpuas hati terhadap keseluruhan aksi pasukannya yang cuba menjelmakan kebangkitan di lewat permainan menerusi dua gol Safee Sali, Rajagobal membidas pemain pertahanan yang kerap hilang konsentrasi, keluar daripada posisi dan membuat kesilapan yang tidak sepatutnya yang dimanfaatkan sebaiknya penyerang lawan.
“sekali lagi, sloppy defending, kita lepas 6 gol mudah, semua 6 gol individual mistake, its gifted goal. that’s why saya segera buat pertukaran (masuk Rizal, Farisham), saya nak mereka tahu saya serius, there’s no room for mistake, there’s no place for player who’s not perform well regardless of your reputation and who u are..but overall it was a satisfying match, saya yakin semua terhibur, 9 gol, more energetic than 3 days ago, membantu saya mengenalpasti kelemahan, and saya percaya selepas dua perlawanan ini, saya sudah ada gambaran kesebelasan untuk game lawan Singapura..”. – Datuk K.Rajagoba

No comments: